Mengenai Kami

Kongress Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) telah didaftarkan di bawah Enakmen Kesatuan Sekerja pada 23 Oktober 1957, beberapa bulan sahaja selepas negara mencapai kemerdekaan. Selama 62 tahun penubuhannya, matlamat utama CUEPACS adalah untuk memperbaiki keadaan kerja dalam pelbagai aspek seperti pengambilan, masa kerja, kenaikan pangkat, tatatertib, gaji, elaun, dan faedah persaraan anggota.

 

VISI

CUEPACS kekal sebagai pusat kebangsaan kesatuan sekerja uggul sektor awam.

MISI

Mengekalkan CUEPACS sebagai salah sebuah organisasi yang terbaik dan mampu memperjuangkan kepentingan anggota sektor awam dengan berkesan secara berterusan dan menjadikan CUEPACS sebagai sumber rujukan utama berkaitan hal ehwal pekerja serta pemimpin mengikut dasar kepimpinan berpengalaman (k-leadership).

OBJEKTIF

Amnya menjalankan segala tindakan dan usaha yang perlu untuk memajukan tujuan-tujuan tersebut mengikut keputusan-keputusan yang dibuat oleh kongress dalam konvensyen 3 tahun sekali atau konvensyen khas.

Sejarah Penubuhan CUEPACS

Beberapa bulan sahaja selepas negara kita mencapai kemerdekaan, iaitu pada 23hb Oktober 1957, Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) telah didaftarkan dibawah Enakman Kesatuan Sekerja. Antara sebab-sebab utama penubuhan CUEPACS adalah untuk memperbaiki persekitaran kerja, seperti merangkumi proses pengambilan pekerja, waktu bekerja, kenaikan pangkat, pemeliharaan disiplin, gaji, elaun, serta faedah persaraan yang telah menjadi sebahagian penting daripada tenaga kerja negara selama 62 tahun.

Untuk merealisasikan objektif, pelbagai rancangan strategik telah pun diambil.