KONGRESÂ Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) yakin ratifikasi Konvensyen C155 mampu menjadi pemangkin kepada pematuhan majikan memastikan keselamatan dan kesihatan pekerja dalam menerapkan budaya pencegahan.
Presidennya, Datuk Dr Adnan Mat berkata semua kementerian, jabatan, agensi dan badan berkanun kerajaan mengambil maklum mengenai ratifikasi tersebut dengan mengambil bahagian dalam sesi pemakluman mengenai ratifikasi dan keperluan pematuhannya.
“Ratifikasi tersebut membuktikan komitmen berterusan oleh kerajaan memantapkan pelaksanaan keselataman dan kesihatan pekerjaan termasuk di sektor perkhidmatan awam.
“Seperti yang sedia maklum, Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) melalui Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) telah dipertanggungjawabkan untuk menguatkuasakan Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514) bagi memastikan keselamatan, kesihatan serta kebajikan pekerja yang sedang bekerja,†katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelas Adnan, pihaknyua menyambut baik usaha dan keputusan kerajaan melalui KESUMA dalam meratifikasikan Konvensyen C155 Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) pada 11 Jun lalu semasa menghadiri Persidangan Buruh Antarabangsa ke-112 di Geneva, Switzerland.
“Memperkasakan pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan dalam sektor awam bukan sahaja dapat menjamin kebajikan penjawat awam tetapi juga akan menjadi contoh baik kepada pihak industri di sektor swasta,†ujarnya.
Baru-baru ini media melaporkan, dokumen ratifikasi Konvensyen C155 ILO itu diserahkan Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong kepada Ketua Pengarah ILO, Gilbert F Houngbo semasa menghadiri Persidangan Buruh Antarabangsa ke-112 di Geneva, Switzerland.
Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) dalam satu kenyataan memaklumkan langkah itu bakal menjadi pelengkap kepada pelaksanaan dasar dan perundangan berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan negara susulan pindaan terhadap Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514) (Pindaan) 2022 (Akta A1648) berkuat kuasa 1 Jun lepas.
Sumber artikel: Ratifkiasi Konvensyen C155 pemangkin pematuhan majikan aspek keselamatan, kesihatan pekerja – CUEPACS | WilayahKu