Kursus Aspirasi Keterampilan Kepimpinan dan Jati Diri Gred Ekonomi dan Pertanian (E&G) Tahun 2023 telah berjaya dilaksanakan pada 13 hingga 15 Oktober 2023 di Boathouse Banding, Perak. Kursus ini menghimpunkan peserta dari pelbagai latar belakang untuk memperkukuhkan keterampilan kepimpinan dan membina jati diri yang mantap. Sepanjang tiga hari program, pelbagai aktiviti interaktif dan bengkel telah diadakan dalam suasana yang mendamaikan di tengah keindahan alam semula jadi Banding. Kursus ini bukan sahaja memberi inspirasi kepada peserta tetapi juga mengeratkan semangat kerjasama dalam kalangan mereka.