ANCASA RESIDENCE PORT DICKSON, NEGERI SEMBILAN – Terima Kasih kepada Dato’ Dr. Haji Adnan Bin Mat Presiden CUEPACS dan semua pegawai tinggi CUEPACS yang hadir memberi sokongan penuh dan sanggup berkampung bersama-sama peserta Gred Sistem Maklumat yang dihadiri seluruh Malaysia. Mereka terdiri daripada pelbagai agensi iaitu Badan Berkanun, Pihak Berkuasa Tempatan, Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Universiti Awam. Tahniah kepada Naib Presiden Gred Sistem Maklumat En Mazmir kerana berjaya menjayakan sepanjang 3 hari berlangsung.Terima Kasih juga kepada Naib Pengerusi Gred Sistem Maklumat MBK S&T En Shahizan Said kerana turut membantu sepanjang 3 hari berlangsung. Semoga Resolusi yang dicapai akan terus memperkasakan Gred Sistem Maklumat penjawat awam seluruh Malaysia.